Rabu, 24 April 2013

mutiara

FAKTA TENTANG MUTIARA :

Tiram merupakan, hidupan laut yang rupanya buruk merupakan anugerah Tuhan yang begitu berharga kerana di dalamnya terhasil mutiara yang menjadi buruan manusia. Kewujudan mutiara telah diketahui manusia sejak ribuan tahun Sebelum Masihi di India, China dan Parsi.
Mutiara yang terhasil secara semula jadi sukar ditemui kerana hanya satu daripada ribuan tiram di laut akan berkembang menjadi mutiara. Mutiara ini pula jarang memenuhi saiz, bentuk atau warna yang sama.

Sejak beberapa tahun lalu, pemakaian mutiara sebagai perhiasan mewah semakin popular di Malaysia. Harga mutiara asli (dasar laut) yang mahal memberi peluang kepada manusia bagi mencari satu kaedah agar semua orang boleh memakai mutiara, dalam masa yang agak singkat, dan dengan harga yang jauh lebih berpatutan. Justeru itu, terdapat beberapa syarikat yang telah mengambil inisiatif untuk menternak tiram (untuk penghasilan mutiara ) Mutiara daripada tiram yang diternak disebut sebagai mutiara air tawar (fresh water pearls) bagi tujuan komersial


itu kejadian alam yang menabjukan . sungguh besar keagungan yang maha pencipta dalam menciptakan apapun yang ada di dunia ini


Hypersmash.com Blog Ping Tool Pingates

jual batu bacan murah

Posting Komentar